Kecil kecil cili padi tapi pedas, macam tu lah juga dengan 3 aksesori yang boleh disediakan di dalam bilik sewa seperti gambar di bawah. Nampak kecil dan murah tapi impaknya sangat baik untuk pelanggan.
1. Penyangkut baju ini murah dan mudah di dapati dikedai-kedai seperti giant atau kedai eco. Normal bagi semua pelanggan akan ada keperluan aksesori kecil ini untuk menyangkut baju atau pakaian dalam kegunaan seharian. Kebaikan nya adalah bagi mengelakkan pelanggan membeli sendiri penyangkut yang berasaskan glue. Yang mana mereka akan lekatkan dialmari, dinding atau pun pintu bilik. Ini akan merosakkan permukaan cat dinding dan juga permukaan almari. Small investment ini menyelamat kan aset yang lebih mahal.
2. Tong sampah ini juga murah dan mudah diperolehi di kedai-kedai household. Kebaikannya adalah bagi mengelakkan pelanggan membuang sampah peribadi di dalam tong sampah besar di dapur. Kebersihan bilik dan rumah akan lebih terjaga kerana semua pelanggan mempunyai rasa tanggung jawab dengan sampah sarap sendiri. Tak adalah yang cakap bukan sampah aku kenapa aku yang nak buang.
3. Alas kaki ini sangat baik diletakkan di depan setiap bilik dan juga di depan tandas. Bukan sahaja kebersihan lantai terjaga tapi yang lebih penting adalah keselamatan pelanggan. Di khuatiri terjatuh jika lantai basah. Mungkin boleh mengakibatkan perkara yang lebih buruk berlaku.