Kemudahan pengangkutan awam

Perkara utama yang anda harus perhatikan semasa memilih lokasi rumah yang terbaik adalah kemudahan pengangkutan awam dan kemudahan infrastruktur yang lain di sekitar kawasan ini.

Dari segi pengangkutan, elakkan yang memerlukan anda bertukar mod pengangkutan banyak kali contohnya, sekiranya anda ingin ke pejabat dari rumah, anda perlu menaiki kereta, letak kereta berhampiran dengan pengangkutan awam dan kemudian menggunakan pengangkutan awam tersebut. Elakkan membeli hartanah di kawasan seperti ini jika boleh. Ini akan merugikan anda dalam jangka masa panjang.

Situasi di atas sesuai jika anda selesa menaiki pengangkutan awam, jika anda memilih untuk memandu kenderaan sendiri baik motorsikal ataupun kereta, pilih kawasan yang berdekatan dengan pelbagai lebuhraya bagi memudahkan anda.

Hartanah yang terbaik semestinya yang walking distance dengan pengangkutan awam dan mungkin anda hanya perlu menukar satu atau dua stesen LRT/MRT sahaja.

Dari segi infrastruktur pula pastikan pilih kawasan yang banyak pembangunan disekitarnya. Ini menunjukkan kawasan tersebut akan berkembang. Jangan sebab nak cari rumah murah anda beli rumah di kawasan jin bertendang. Tiada pembangunan dan tiada pengangkutan awam.

< Kembali