Yang mana lagi senang? Beli ke bela? dah tentu jawapannye beli tu senang. Bela tu lebih susah.
Yang mana tempoh proses lama? Beli ke bela? Dah tentu jawapannye bela tu tempohnye sangat panjang. Beli tu kejap je.
Kalau bela tu susah, nak bela sendiri atau nak hired property manager? Jawab 4 soalan di bawah anda akan dapat jawapannya.
Soalan 1: Adakah dekat jarak tempat tinggal anda dengan rumah sewa? Lebih jauh lokasi rumah sewa anda lebih sukar untuk anda uruskan. Sukar untuk uruskan penyewa, sukar untuk buat maintenance, sukar jika berlaku kecemasan. Kos untuk pergi ke rumah sewa juga tinggi tol, minyak , masa dan lain-lain.
Soalan 2: Berapa banyak unit rumah sewa yang anda miliki? Lebih banyak rumah sewa anda, lebih banyak masa dan tenaga untuk pengurusan.
Soalan 3: Adakah anda berpengalaman menguruskan rumah sewa? Untuk menguruskan penyewa dan menjaga maintenance rumah anda perlukan pengalaman.
Soalan 4: Adakah anda mempunyai masa untuk menguruskan rumah sewa? Jika anda berkerjaya “9am to 5pm” besar kemungkinan anda tidak mempunyai masa untuk menguruskan rumah sewa anda.
Boleh kongsikan jawapan di ruangan komen untuk menilai perlu atau tidak anda untuk “hired” property manager.