Ada pelbagai cara semak harga pasaran rumah yang boleh anda lakukan. Setiap cara ada kelebihan masing-masing dan boleh buat ikut kesesuaian.
Semak harga pasaran rumah atau market value semasa bergantung pada tujuan anda. Ada yang semak market value untuk jual rumah, ada nak refinance, pembahagian harta pusaka, hibah dan macam-macam lagi.
Bagi anda yang nak jual rumah, semak harga pasaran semasa adalah perkara utama yang perlu diberi perhatian. Ini akan membantu bagi anda mendapatkan harga jualan yang optimum dengan tempoh penjualan yang pantas.
Laman sesawang brickz.my menyediakan maklumat rekod transaksi terkini yang berlaku. Dari manakah mereka mendapat maklumat ini? semua maklumat rasmi diperolehi daripada Jabatan Penilaian & perkhidmatan Harga (JPPH) melalui rekod bayaran stamp duty Sale & Purchase.
Anda hanya perlu masukkan nama jalan atau nama projek perumahan di dalam kotak carian portal ini. Pastikan anda masukkan maklumat yang betul kemudian portal ini akan memberi sepuluh transaksi secara percuma tanpa maklumat terperinci nombor unit rumah.
Bagi yang hendak mendapatkan maklumat lengkap anda boleh sahaja membeli satu repot lengkap dengan harga RM30 sahaja. Tidak perlulah untuk melanggan secara tahunan. Kebiasaan nya ini hanya dilakukan oleh agen hartanah.
Jika anda berkira-kira untuk menjual atau pun membeli hartanah, maklumat ini sangat membantu anda untuk menentukan harga jualan atau harga belian.
Semoga bermanfaat.